Friday, November 30, 2001

Semalan Negara kehilangan satu tokoh yg sukar dicari ganti-Usman Awang.Berikut adalah satu email yg aku tulis kepada rakanku:
Madolah,

Masyarakat sepatutnya berkabung kehilangan sastrawan negara yg begitu
prolifik semasa hidupnya.Tapi sayang seribu kali sayang, masyarakat kini
lebih tertumpu kepada yg berpangkat ,berkuasa dan berharta.Sastrawan kita
kadang2 nak hidup pun susah.Begitu juga dengan tokoh ilmu ....

Dalam buku The Asian Renaisance karangan Anwar Ibrahim,beliau ada
membicarakan supremacy of culture and knowledge.Culture comes before the
empire, not the other way around. Kisah Si Tanggang yg lupa diri ,lupa asal
usulnya telah di sumpah menjadi batu oleh ibunya yg terhina dengan sikap
angkuhnya .Sekarang kita lihat ramai Si Tanggang dalam pelbagai
bidang.Manyarakat telah terpedaya dengan budaya Barat dan telah meninggalkan
budaya dan nilai timur kita yg mulia.Sebab itu sudah ramai yg telah tesumpah
menjadi batu-sumpah oleh Ibu Pertiwi!.Batu dalam ertikata badan yg sudah
kehilangan rohnya. Amat malang sekali nasib bangsa kita:-((

----adib,

----- Original Message -----
From: "Saa'il Bareed"
To:
Sent: Friday, November 30, 2001 11:35 PM
Subject: Re: [sdar] Usman Awang


> sdr Adib,
>
> sebutir lah mutiara yang telah kembali keRahmatullah
>
> Semuga Allah memasukkan arwah kedalam golongan mereka yang beriman,.
>
> salaam
> MA
>
>

No comments: